Thursday, February 1, 2007

Kepimpinan Baru

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Selawat Dan Salam Buat junjungan Besar Utusan Sepanjang Zaman.Setinggi-tinggi kesyukuran atas anugerah pertemuan maya ini.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan selamat menyambut tahun baru kepada rakan-rakan mahasiswa/I yang dihormati.

Sedar tak sedar, setahun telah pun berlalu. Jika pucuk yang mati sudahpun tunas yang baru tumbuh mengganti.

Tahun yang baru, semester yang baru, kepimpinan yang baru..segalanya pasti akan baru.Justeru manusia yang hidup pun perlukan azam yang baru.asalkan ada perubahan dan anjakan ke arah yang lebih baik.

Namun semester yang lepas tidak menyaksikan penampilan saya secara langsung dalam medan kepimpinan kampus bersama rakan-rakan. Hakikatnya Mumtaz Jaafar juga pasti akan mula merangkak dahulu dan bertatih sebelum pantas menguasai medan trek perlumbaan Negara. Begitu jua lah dengan Mohd Naim Bin Abdul Rahim yang memerlukan satu tempoh masa pembelajaran dan penyesuaian diri dalam menggalas amanah yang telah rakan-rakan berikan.

Selaut kemaafan atas kelewatan penampilan ini bagi melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas kepercayaan rakan-rakan memilih saya sebagai wakil mahasiswa/I dalam pilihan raya yang lalu. Saban hari menyaksikan gelombang pemikiran mahasiswa/I semakin membuatkan diri ini kerdil dalam perjuangan. Oleh itu, kekerdilan diri ini memerlukan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan bagi merealisasikan misi kepimpinan kita.

Segunung harapan dari saya dari teman-teman sekiranya yang terlupa sama-sama kita peringatkan, yang kurang sama-sama kita perlengkapkan dan mana-mana hubungan yang renggang sama-sama kita mesrakan.Tapi..yang buat terlupa, janganlah pula kita sekehkan.Yang pasti, tiada yang sempurna dalam kehidupan ini.Selamat Tahun Baru…

“Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi”

No comments:

Alternative Info about Mesothelioma

1st Killer of Breast Cancer