Artikel ini saya perolehi dari Alang , salah seorang webmaster dan internet marketer yang dikenali dalam perniagaan maya..jadi rasanya sangat baik kalau dikongsi bersama..Jadikan perkongsian ini berkonsepkan pelajar..saya akan ubah sedikit ayat agar sesuai dengan situasi kita sebagai seorang pelajar..
Kaedah efektif mengumpul nota dari internet
Sebagai seorang pelajar,webmaster / blogger, anda pasti akan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menulis atau memasukkan sesuatu kandungan ke dalam assignment atau laman web / blog anda. Ada pelbagai kaedah untuk melakukannya dan mungkin anda mempunyai kaedah tersendiri tetapi disini saya akan berkongsi tentang kaedah mengumpulkan nota yang diperolehi daripada internet. Kaedah ini memang amat efektif bagi saya kerana ia dapat menjimatkan masa dan membuatkan kerja saya lebih tersusun.
Apabila anda membaca satu artikel yang menarik di internet, dan anda tahu yang artikel tersebut amat berguna kepada anda, sama ada untuk dimuatkan ke dalam laman web anda atau sebagai rujukan, apakah yang akan anda lakukan? Kebanyakannya, mungkin akan bookmark laman web tersebut (seperti yang saya lakukan dulu) tetapi sedarkan anda bahawa kebarangkaliannya begitu tinggi yang anda tidak akan melawat lagi laman web tersebut. Bookmark juga agak kurang efektif kerana mungkin anda hanya inginkan sebahagian sahaja daripada artikel dalam muka surat tersebut tetapi anda terpaksa bookmark keseluruhan muka surat dan terpaksa mencari bahagian artikel yang hendak anda baca kelak.
Disinilah pentingnya kita menggunakan sesuatu perisian untuk menyimpan artikel tersebut. Saya yakin ada yang menggunakan Notepad, Microsoft Word dan sebagainya tetapi sedarkah anda terdapat beberapa perisian yang khusus untuk mengambil nota dari internet dengan begitu efektif.
Google Notebook (Perisian Web)
Google Notebook
Jika anda tidak mahu install apa-apa program baru ke komputer anda ataupun anda menggunakan lebih dari satu komputer, Google Notebook memang untuk anda kerana anda boleh menggunakannya di mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet. Google notebook merupakan satu aplikasi web yang amat ringkas dan mudah untuk mengumpul nota dari internet terutamanya jika anda menggunakan firefox kerana ia mempunyai extension yang khusus. Nota-nota juga dapat diklasifikasikan mengikut bahagian dan juga buku nota.
Evernote (Freeware / Shareware)
Evernote
Walaupun terdapat versi shareware untuk perisian ini, tetapi versi Freeware sebenarnya sudah cukup bagus untuk tujuan pengumpulan nota dari internet. Seperti mana Google Notebook, Evernote juga mempunyai extension untuk firefox di mana anda boleh mengambil artikel (atau sebahagiannya) dengan hanya highlightkan bahagian yang anda perlukan dan klik pada button Evernote di browser firefox anda tanpa perlu anda membuka perisian Evernote. Jadi, anda boleh terus mengumpul nota dan apabila selesai, anda boleh membuka perisian Evernote, dan bolehlah membaca, mengklasifikasi ataupun mengedit keratan artikel yang anda kumpulkan tadi. Saya menggunakan Evernote selama beberapa bulan sebelum Microsoft Onenote 2007 keluar di mana ia adalah perisian yang saya gunakan sekarang
Microsoft Onenote 2007
Microsoft Onenote 2007
Perisian yang saya gunakan sekarang dan bagi saya merupakan satu perisian yang terbaik untuk seorang webmaster seperti saya mengumpulkan artikel / bahan yang menarik dari internet untuk ditulis di blog ataupun dimasukkan ke dalam laman web saya. Microsoft Onenote 2007 merupakan sebahagian daripada Microsoft Office 2007 jadi untuk mendapatkannya, anda harus membeli perisian Microsoft Office 2007 yang berharga melebihi RM 1000.00, Tetapi bagi saya, ia dikira sebagai satu pelaburan untuk memudahkan tugas anda dan seterusnya mengembangkan kerjaya / bisnes anda. Sepertimana Google Notebook dan Evernote, Onenote juga mempunyai firefox extension yang membolehkan anda mengambil nota tanpa perlu membuka perisian tersebut. Tetapi oleh kerana ianya adalah produk Microsoft, Onenote berfungsi dengan lebih baik jika anda menggunakan Internet Explorer
Scrapbook (Firefox Extension)
Scrapbook
Sekiranya anda tidak mahu membeli ataupun memasukkan sebarang perisian ke dalam komputer, Scrapbook paling sesuai untuk anda kerana ia merupakan Extension yang mempunyai fungsi yang hampir sama seperti perisian di atas tetapi berfungsi sepenuhnya di atas browser firefox.
Kaedah-kaedah di atas, selain boleh digunakan untuk mengumpul nota / bahan untuk dimuatkan ke dalam laman web / blog, ia juga boleh digunakan untuk mengumpul bahan untuk menulis ebook, untuk kajian, pembelajaran dan sebagainya.
Apakah cara anda mengumpulkan nota / bahan dari internet? Mungkin ada kaedah lain yang lebih efektif lagi yang tidak saya ketahui, jadi sama-samalah kita berkongsi di sini.
Monday, February 19, 2007
Kaedah efektif mengumpul nota dari internet
Posted by
naem
at
7:30 AM
0
comments
Tuesday, February 6, 2007
Kenali Yang Dipertua MPMUM 06/07
Salam perpaduan….
Nama yang agak pelik tapi ramahnya membuatkan sesiapapun takkan rasa pelik. Nama penuh beliau.Affandy bin Sutrisno Tanjung, merupakan penuntut tahun dua dari Fakulti Pendidikan. Tak tinggi tapi kacak orangnya. Bagi saya, cukup mudah untuk bersama orang sebegini. Buat rakan-rakan, temuilah beliau selalu untuk segala masalah yang memerlukan penyelesaiaan dari MPMUM. Dengan keizinan tuhan, ia boleh di selesaikan. Beliau menginap di kolej kediaman ke- 3. nah..ini nombot handset beliau..0129053129..Jadi, boleh lah hubungi beliau jika memerlukan sebarang pertolongan. YDP kita orangnya penyabar. Tak perlu takut untuk berhubung. Suara beliau menjadi gambaran rakan-rakan. Kesimpulannya segala-galanya memerlukan perhubungan dan persaudaraan. Itulah yang dipanggil kekuatan muhibbah ataupun perpaduan.
Posted by
naem
at
12:26 PM
0
comments
Monday, February 5, 2007
Arah Tuju MPMUM 06/07
Teman-teman seperjuangan, kadang-kadang ada juga yang terbias di telinga apabila bisikan dan ngomelan kecil yang bunyinya begini “ Kemana ye halatuju MPMUM tahun ni?”, “ mana MPMUM ni?” “ MPMUM tak buat kerja ke?”. Biasa dan nipis juga telinga ni. Tapi..biasa la kan..takkan bergoyang pokok kalau angina tak bertiup..sebenarnya bisikan sedemikian adalah satu kelaziman. Lain situasi lain yang kita hadapi. Keadaan yang memimpin takkan sama dengan yang dipimpin tapi tak semestinya yang m,emimpin itu membangga diri..hurmm..panjang juga celoteh ni..kali ni saya nak membawa rakan-rakan memerhati visis dan misi MPMUM 06/07.
Misi MPMUM 2006 / 2007 kali ini adalah diharapkan MPMUM menjadi platform yang berkesan bagi menjana keintelektualan , keterbukaan dan kerohanian mahasiswa melalui integrasi nasional dalam memperjuangkan kebajikan dan hak-hak mahasiswa.
Visi MPMUM pula adalah berpaksikan ke arah kepimpinan yang memberi khidmat dan keutamaan kepada mahasiswa disamping mendokong aspirasi universiti dan kerajaan serta memperkasa universiti di persada antarabangsa.
Justeru, takkan tercapai segunung makanan dan manisan si semut kalau tak dikerjakan bersama, takkan tercapai jualah misi dan visi mpmum ini jika tanpa kerjasama dari semua pihak..Betul ke…. Read More......
Posted by
naem
at
12:24 PM
0
comments
Friday, February 2, 2007
Salam Pertemuan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan mahasiswa/i yang dikasihi. Segunung malahan seluas langit kesyukuran kepada tuhan pentadbir sekalian alam.
Ruangan ini mula ditulis pada 1 Februari 2007.
Dalam dunia era globalisasi, segala perubahan dan anjakan ke hadapan mesti diikuti supaya tidak ketinggalan. Biarpun kemampuan terbatas tetapi tiada halangan bagi insan yang memahami perkataan bersungguh-sungguh atau dengan lain perkataan ialah " jihad ".Perkataan yang menjadi fobia dan igauan insan-insan yang tidak memahami erti sebenarnya sedangkan kalimat inilah yang suatu masa dahulu menjadi antara faktor utama kegemilangan Dunia Islam dengan keilmuan.
Celoteh panjang ini sekadar pengenalan dari tinta setiausaha.
Ditanya mengapa setiausaha menggunakan medium blog sebegini, Mengapa ?
Rasanya senang jawapan yang hendak diberikan iaitu saya agak terbatas dalam komunikasi bersama-sama teman-teman yang lain dek kesibukan urusan-urusan sekretariat. Namun segala ruangan dalam kehidupan ini perlu digunakan semaksimanya. Dengan keizinan tuhan, ruangan blog " setiausaha ini akan menjadi medium elektronik seterusnya dalam menghubungkan kita semua. Gunakan sebaik-baiknya.
Posted by
naem
at
5:36 AM
2
comments
Thursday, February 1, 2007
Kepimpinan Baru
Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Selawat Dan Salam Buat junjungan Besar Utusan Sepanjang Zaman.Setinggi-tinggi kesyukuran atas anugerah pertemuan maya ini.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan selamat menyambut tahun baru kepada rakan-rakan mahasiswa/I yang dihormati.
Sedar tak sedar, setahun telah pun berlalu. Jika pucuk yang mati sudahpun tunas yang baru tumbuh mengganti.
Tahun yang baru, semester yang baru, kepimpinan yang baru..segalanya pasti akan baru.Justeru manusia yang hidup pun perlukan azam yang baru.asalkan ada perubahan dan anjakan ke arah yang lebih baik.
Namun semester yang lepas tidak menyaksikan penampilan saya secara langsung dalam 
Selaut kemaafan atas kelewatan penampilan ini bagi melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas kepercayaan rakan-rakan memilih saya sebagai wakil mahasiswa/I dalam pilihan raya yang lalu. Saban hari menyaksikan gelombang pemikiran mahasiswa/I semakin membuatkan diri ini kerdil dalam perjuangan. Oleh itu, kekerdilan diri ini memerlukan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan bagi merealisasikan misi kepimpinan kita.
Segunung harapan dari saya dari teman-teman sekiranya yang terlupa sama-sama kita peringatkan, yang kurang sama-sama kita perlengkapkan dan mana-mana hubungan yang renggang sama-sama kita mesrakan.Tapi..yang buat terlupa, janganlah pula kita sekehkan.Yang pasti, tiada yang sempurna dalam kehidupan ini.Selamat Tahun Baru…
“Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi”
Posted by
naem
at
5:34 AM
0
comments

